06 November 2009

.Smlm.Sesak.

(Bendera Malaysia tuh yg mahal oOo)

Smlm hari Khamis. Aku sangka, jalan tak jem teruk. Sbb selalunye, yg teruk ari Jumaat jek. Ati aku pun berdetik dan otak aku pun berpikir, kenapa la jem sangat ni. Setelah agak lame tekan brek, tekan minyak dan tekan brek lagi..Jawapan yg aku nantikan terjawab. Kalo korang perasan la, kat jalanraya Malaysia ni ade 'buletin sign'. Ape name sebenar benda alah tuh aku tak pasti, aku sendiri yg bagi nama 'buletin sign' sbb sign tuh bagi buletin terkini pasal lalulintas kat kite. So, buletin=maklumat, sign=papan. Hehe. Anyway, maklumat kat 'buletin sign' tuh tulis "Lalulintas sesak. Kenderaan rosak di laluan tengah jalan, 1.5km". Ya, terima kasih 'buletin sign' untuk maklumat yg bagus.

(bukti jem + ujan)

Jadi, aku pun bergerak sambil menunggu waktu untuk tiba ke destinasi kenderaan rosak tuh. Perasaan ingin tahu kenderaan ape la yg rosak sampai boleh menyebabkan jem teruk amat begitu menebal di dada ku ini. Sampai2 jek ke tempat kejadian, aku pun ckp sendiri. 'Patutlah....'



(Persoalan terjawab: Bus dua tingkat yg rosak rupenye)

Ok. Sebenarnye sebelum ini, aku tak pernah pun nak amik pic2 mcm ni. Tp smlm, sambil layan lagu aku ttibe teringat dan berkata-kata dengan diri sendiri lagi. "Eh, aku ade blog. Menarik gak amik pic n upload kat blog. Boleh la jd satu entry blog aku untuk bulan 11 ni". Maka itu, dengan trafic yg berjalan perlahan, aku pun 'klik', 'klik' dan 'klik' lagi ape-ape yg patut. Haha..berbaloi-baloi ade blog ni eh (celcom, jgn la saman aku eh sbb gune trade-mark ni yea ) hehe..

So, setelah kejadian di jalan depan muzium tuh berlaku, jalanraya pun menjadi smooth mcm biasa. Tibalah pulak kat jalan menuju ke BBB lepas tol Bangi. Panjang amat keta beratur nak lepas lampu lalulintas. Jadi, aku takde keja. Amik la bukti 'kejeman' menanti lampu ijau.



(lepas tul bangi)

Sekian, cerita untuk hari ke 6 di bulan November tahun 2009 ini.

Ps: Hari ini hari Jumaat, jam sudah pukul 4.56, masa untuk bersiap pulang dan menempuh jem. Kepada penambah ekonomi negara di Wilayah Persekutuan ini, aku ucapkan:

"Selamat Menempuh Jem. Dengarlah Red Fm. Anda pasti terhibur ;D"

No comments:

Post a Comment