11 February 2010

.Keputusannya adalah.

Aku tidak dibenarkan untuk menghadiri kursus. Sekian.

Bila bercakap dengan Encik yang menguruskan kursus itu, aku rasa sangat sejuk hati. Kenapa? Sebab bila aku memberitahu dia tentang keadaan aku ini, dia terus cakap Alhamdulilah dan dengan tiba-tiba aku terasa iya, Alhamdulilah. Ini memang satu rezeki yang sangat tak tak ternilai. Encik tu pun beritahu aku supaya tak perlu hadir. Datang tahun depan sahaja. InsyaAllah kalau ada dan sebelum letak telefon, Encik itu bertanya pada aku, sudah berapa lama. Bila aku jawab, sekali lagi Alhamdulilah keluar dari mulut dia. Alhamdulilah dia sungguh memberi kesan pada aku. Selama ni ramai yang cakap tahniah..tp Alhamdulilah ini lain dari lain lah..Haihh..sayu pulak rasanya.

Oh ya..kepada rakan-rakan yang akan menempuhi kursus itu, Selamat Berjuang dan Moga semuanya berjalan dengan lancar dan cemerlang. Aku sedih jugak sebab tak dapat nak susah senang dengan rakan-rakan batch yang sama. Tapi, redha..rezeki yang lagi indah ini dapat dulu dari rezeki kerja.

*Bila aku pergi tahun depan aku dah tak ada bodyguard bernama Kemal. Dia pasti dah selesai kursus dengan cemerlang ;P

09 February 2010

.Masih Belum Tahu.

Masih tak pasti samada dengan keadaan aku sekarang membolehkan aku pergi ke kursus 6 bulan tu. Hmm.. Kalau tak boleh aku kena hadapi kerja-kerja kat ofis lagi. Baru ingat nak rehat dengan gi kursus. Tp, kursus pun bukan rehat sangat. Lagi penat sebenarnya, tp at least i will learn new things, meet new people and see myself at a new environment. Oh, dan dapatlah confirm jawatan dengan segera.

Tp, kalau disebabkan keadaan aku ini tidak mengizinkan aku pergi ke kursus, seperti sesetengah kata-kata kawan aku, aku akan lambat confirm dan aku ada peluang kejar apa aku nak dan yang pasti aku akan dapat rezeki yang terindah dan hadapi keadaan ini dengan suami tercinta. Hehe..

Banyak hikmah disebalik semua ni. Aku masih belum pasti yang mana satu arah yang sebenar. Tunggu surat je lah dan dapat jea, contact terus orang yang bertanggungjawab. Masa itu, aku akan dapat jawapan.

*Tuhan tahu aku belum bersedia untuk "berlasak" dan memang kalau boleh tak nak hadapi....hmm...

05 February 2010

.Eh.

Wah..dah nak balik. Terasa macam tak larat sangat nak memandu. Tapi, harus jugak. Kalau tak, tak sampai rumah lah aku ni. Yang penting, bekalan makanan berkhasiat dan plastik disediakan di dalam kereta. Senang di waktu kecemasan.

Penat tapi indah ;D

03 February 2010

.Hikmah pulang ke Kampung.

Sabtu. 30.01.2010

Mak: Yan, Ucu kena masuk wad. Dia pengsan.

Aku: Oh.

Mak: Dia dah tak ingat apa-apa.

Aku: Lar..nak pergi tengok la.

Ahad. 31.01.2010

Mak: Ucu dah boleh makan, cakap dan bangun sendiri. Dia dah ingat orang sikit-sikit. Ada masa lupa jugak. Tp, Ucu dah tak nampak sangat. Mata dia kabur-kabur.

Aku: hmm..

Abah: Doktor cakap ada satu titik kanser kat kepala Ucu. Kalau betul, boleh buat operation. Tp, kena buat MRI dulu. Kalau ada lebih dari satu, tak boleh buat apa-apa dah.

Aku: hmm..(terasa sedih bila tengok anak-anak Ucu)

Isnin. 01.02.2010

Abah: Doktor cakap, ade tujuh titik kanser kat kepala Ucu, satu tuh sebesar ibu jari. Jadi, tak boleh operate cuma boleh radioterapi. Doktor cakap, dengan keadaan macam tu, mungkin Ucu boleh bertahan sebulan dua sahaja..

Aku: Terdiam............

Kami semua pergi ke hospital, masing-masing tak tahan tengok Ucu. Tp, bak kata kat Alin kat blog dia:

Ajal dan maut hanya ALLAH yg tahu. Kita yg sihat belum tentu hidup panjang. Mak said..dah bahagian dia.. sayang mcmana pun, kalau ALLAH dah jemput, kena lepaskan. The only we can do now adalah doa dan buatlah sedekah atas nama dia.

Moga Tuhan sentiasa melindungi Ucu dan memberi kekuatan kepada suami, anak-anaknya dan keluarga kami untuk menerima takdir ini. AMIN.