30 October 2009

.Kejadian Aneh.

Hari ini hari Jumaat.

Ape yang menarik nak diceritakan pada hari Jumaat ialah, dapat rehat panjjjaaaannng, 2 jam setengah ok! hehe. Dalam mase tuh mcm2 leh buat lebih lame. Makan leh relax, lepas makan boleh tido sejam ke, lepas tido leh borak2 kejap, pastuh walaupun dah 2.30, tak perlu kelam kabut nak solat. masih ade mase. hehe. Pada mereka yg suke jalan2 atau shopping, waktu rehat hari jumaat la syurga untuk mereka. Terutama gadis-gadis dan makcik-makcik yg suka pegi Jalan TAR or SOGO ;D

Tp, aku bukan jenis suke berjalan. Selalunye waktu rehat yg panjang ni, aku still akan lekat kat ofis je. Samaada tido atau ngadap puas2 cerita-cerita kat internet ni. (Mcm skang, aku sedang menghasilkan cerita untuk blog aku).

Anyway, selain waktu rehat yang panjang. Aku rase yg menarik hari Jumaat adalah perkara aneh yg mmg selalu akan jadi pada hari ni. Yg smpai skang, aku tak dpt jawapan yg boleh diterima akal.

Kejadian aneh yg jadi kemusykilan aku adalah....JALAN KL JEM TAHAP GABAN. Percayalah, hari jumaat + lagi2 bile pukul 5.30 petang ke atas tuh..jalan area K.L ni mmg amat lain dari lain la. Kadang-kadang terpikir gak, mane datang semua keta ni? Td pagi mase dtg keja, aku rase tak bnyk mcm ni. And ape yg lagi anehnya, kenapa mesti hari jumaat? Lain la kalo ade cuti umum. Ni tak, setiap hari Jumaat, di setiap minggu. Ttibe jek keta bnyk dr biase. hmm..

Aku rase, mungkin ade spesis yg hanya bwk keta hari jumaat kot. Hari2 biasa naik tren or bus or taxi. Sbb tuh ttibe jek ari jumaat keta terlebih bnyk. Tp kenapa ari jumaat je bwk keta?? Sesungguhnye persoalan ni timbul dlm diri semenjak aku berjinak-jinak dengan dunia membawa kereta sendiri ke tempat kerja. (baru 8 bulan) hehe..musykil, musykil..

Ps: Ade sape2 yg boleh jawab kemusykilan aku ni? Aku ingin tau.

29 October 2009

.Isteri.


Isteri yang soleh:-

Jika suami menyuruh,
isteri mentaatinya.

Jika suami melihat kepada isterinya,
isterinya menyukakan suaminya.

Jika suami memarahi isterinya,
isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya.

Jika suaminya tiada dirumah,
isterinya menyimpan rahsia dan harta suaminya.


Aku dah cukup semua tuh ke? Aku rase belum. Namun, HARUS aku usahakan. HARUS..

.Ngantok.

1.50 tengahari

Wei, aku ngantok wei. Ngantok amat. Aishh..
..

Yan : Wahai mate-mate ku yg sepet lagi comei, tolonggg la jgn layu.

Mate-mata : Wahai tuan ku, kasi la kami rehat jap. Skang kan mase rehat. Tutup la mate tuh kejap. Kami penat.

Yan : Oh..tidak. Sudah jam 1.50 tengahari. Dah takde mase nak rehat mata-mate ooii. Kena solat.

Mate-mate : Ohhhh...baikkkkk!

Ayuh kawan-kawan, kite solat dulu ;D

.Gambo = Cerita II.




Disertakan beberapa gambor yang telah di'klik' dan ditokok-tambah oleh aku. Hasil ni semua dah lame dah.



(air oren mase kelas IS222 buat jamuan)


(semua ni cucu-cucu arwah atuk di Perak *termasuk jurufotonye)


Mase awal2 aku jinak-pinak dengan hobi ni. Tahun 2006. Yup, segalanye bermula di Puncak Perdana. hehe



(tiang lampu trafik kat Sks 7, Shah Alam)

Anyway, untuk Senarai Pendek Hobi ni, aku akan upload sedikit demi sedikit hasil aku. Sekian.

Selamat melihat/memerhati/mengkomen/mengata/mengkritik
dan mencuci mata ;D

Penemuduga VS Ditemuduga

Ok. Merujuk kepada tajuk di atas, aku ingin citer pengalaman aku sebagai orang yang menemuduga dan juga org yang ditemuduga.

Si Penemuduga

Sebenarnye, aku ni baru jek sekali (1x) interview org. Itu pun sbb pegawai yg ptt keja tuh tak datang dan aku dengan rela hati nak ganti die. Pengalaman babe nak tanye2 org, nak buat org gerun tgk aku..so mane leh lepaskan. hehe. Walaupun aku ni bukan tau ape2 pasal perkara-perkara wajib ketika menemuduga org, aku tetap selamber nak amik peluang tuh. Sehari sebelum waktu yang dinantikan, aku mintak tolong staff aku bg tips yang ptt. Tips yang aku dpt:-

(i) Paling penting kena tanya psl Jabatan kite secara general. Contoh: ape-ape tentang carta organisasi, ape kementerian Jabatan ni and also ape yang dieorg tau tentang Jabatan ni.

(ii) Tentang kerja yang dimohon. Contoh: Ape yang dieorang tau psl keja yg dieorang mohon tuh. Ape pengalaman kerja yg dieorang ade berkaitan dengan kerja yg dimohon tuh n kalo tak pernah kerja, ape sumbangan yg dieorang boleh buat yg berkaitan dengan keja yg dimohon.

(iii) Tanya kenapa nak keja ni. Sbb gaji? Pengalaman? Nak cuba yang baru? Tak pernah keja? Nak dekat dgn umah? Laki suruh? hehe

So, masa hari nak temuduga org dah tiba, aku yg rase lebih cuak dr org yg nak ditemuduga tuh. Sbb ape yg aku tanye, mestilah ape yg aku tau. Kalo dieorg bg jawapan salah, aku kena la cite jawapan yg betul. Sharing is caring kan. hehe..Akhirnye, setelah selesai sesi temuduga, kesimpulan yg aku dpt buat:

(i) Bile kite kena temuduga, kite mmg akan cuak smpai lupe ayat yg sesuai --- Pdhal, tak payah cuak sgt, penemuduga mcm aku ni takkan marah pun kalo tak tau nak jwb. Kiteorang just nak tau kebolehan korang bercakap, kejujuran and daya tindak balas korang.

(ii) Mmg kena pastikan tau psl keja yg dimohon and tempat yg dimohon --- Kalo tak tau, susah la kan. Keja nak tp ape keja tak nak tau, sape bos pun tak tau. aish..(nada agak keceawa sbb ade jugak spesis ni mase aku interview arituh, rase mcm rugi jek die dtg tau)

(iii) Relax + be cool --- Lagi relax korang jwb, lagi mudah kite nak judge. Tp jgn terlampau relax smpai over confident yg korang tau semua and korang ni hebat. Nanti korang nenampakkan diri korang tuh susah nak diajak berbincang and susah terima pandangan orang lain. Kalo gitu, kan susah nak keja dgn korang.

Sekian, untuk sesi si Penemuduga.

Si Ditemuduga

Aku pernah empat (4x) ditemuduga, 3 lepas, 1 gagal. Tp hanya 1 yg aku pilih yg buat aku berada di sini sekarang. Sebagai orang yang ditemuduga, aku mesti la gelabah. Paling tak bagus perangai aku, aku tak nak org yg temuduga aku tuh nmpk aku ni lemah. Aku akan cube jawab ape yang aku tau, tp, jgn pelik, bila aku tak tau aku akan terus terang cakap aku tak tau and selalunye orang yg temuduga aku akan bg info kat aku.

Selain tuh, sebelum temuduga, sure aku cari maklumat pasal organisasi yang aku nak pegi, pasal keja aku mohon tuh and amik tau sikit pasal isu-isu semasa. Tp..selalunye sebelum hari interview, maklumat yg aku cari tuh aku hanya pandang jeling-jeling gitu jek. Ntah kenapa aku ni pemalas sangat tp, bile hari interview tuh
dah tibe sure gelabah balik n baru nak bace sungguh-sungguh info yg aku jumpe. Baru nak kasi pecah otak ingat semua and bile saat nama aku dipanggil, hati aku akan terus berkata "Aku tawakal" and mulut membaca Bismillah.

Saja nak cite pengalaman yg berkaitan:-

Dalam 4x tuh, aku pernah ditemuduga oleh seorang yang berpangkat Dato' n pengalaman tuh paling dahsyat sbb mmg byk yg die tanye, aku tak tau jawab. Mule-mule Dato' tuh dah puji memuji sbb level pelajaran aku. Tp bile aku tak dapat jawab, die agak kecewa (aku boleh nmpk) tp..die tak downkan aku, cume nasihat supaya AMIK TAU ttng hal-hal kat luar tuh so that lain kali aku boleh jawab n nmpk la mcm org yang berpengetahuan sesuai dengan level pelajaran aku tuh. Aku hanya angguk and tunduk (tanda setuju and MALU amat).

Lepas interview jek, aku keluar bilik temuduga tuh dengan muke tersenyum, kawan-kawan kat luar semua ingat aku ok. Pdahal, aku tak nak dieorg tau aku agak kecewa jugak dgn diri aku bile kena tegur mcm tuh and aku terus telefon mak, ckp aku dah settle tp tak nak balik dulu. Aku nak pegi tengok w
ayang kartun. hahaha. Yup, mak bagi dan aku pun melayan wayang kartun sorang-sorang. Ala..tak ingat tajuk die. (Rasenye Happy Feet, tp aku was-was la) Yang penting mmg kelakor. Ketawa habis-habisan. Lepas tgk wayang, ati aku ttibe tak tak sabo nak balik umah nak jumpe mak and citer semuanye kat mak. Akhirnye, mak ketawa je dengan perangai aku n ckp "Kalau ade rezeki, adalah. Jangan risau"

Alhamdulilah, kerjaya yg aku sandang sekarang adalah hasil dr interview dgn Dato' tuh. Aku pun tak tau camne aku leh dapat padahal mmg hancur la interview arituh. Ye la, sampai kena tegur babe. Aku hanya anggap Dato' tuh sudi amik aku sbb pelajaran aku. Salah satu kekuatan yg aku ade tp yang pasti, sebab inilah REZEKI yang Tuhan bagi kat aku.

Tp..ade citer lagi ni. hehe. Disebalik kisah di atas, skrang ni pun aku still g interview. (nak kejar keja impian) and perkara paling aku tak suke mase kena interview ialah bile org tuh tanye, asal aku nak keja lain sedangkan keja sekarang dah ok sangat. Kerjaya idaman satu malaysia. Aishh...tolong la paham, kalo aku sanggup datang interview keja lain mesti la sbb aku nak keja tuh. Mestilah sbb aku ade kerja idaman yang lain dari ape yang aku buat sekarang. Mestilah semua orang tak same. Walaupun, keja aku ni idaman satu malaysia, tp itu satu malaysia, aku lain. Aku tetap satu malaysia, berpaduan tp aku ade impian aku sendiri. Aku nak kerjaya yang mane aku akan didik satu malaysia ni. Tolong la paham...tak perlu la tanya banyak-banyak kali (hati aku memberontak..aishhh)

Ok. Sekarang, confirm dah abis citer.
-TAMAT-

(gambar ini lakonan semat-mata)

.Ruang Mencari Duit.

Salam semua dan Salam Perpaduan.

Merujuk kepada label Senarai Pendek aku kali ini, iaitu Perniagaan, aku ingin memaklumkan bahawa aku ingin membantu rakan-rakan ku yang ade buat bisnes. Aku jadikan platform ini untuk promote ape yang dieorg jual. Kalo ade yang berkenan boleh la contact direct dengan dieorg yea. So, nantikan makanan and barang-barang yang menarik yang boleh korang beli.

Ps: Iklan-iklan itu akan diupload kemudian. Maybe ujung minggu ni. Saja bgtau awal-awal. Bikin gempak..haha (im so poyooOo)

.Mak Operation III.

Wah..ari ni ku sudah kembali bertugas seperti biasa. Smlm smpai kat shah alam (hantar akak) around 8.30 mlm. Singgah makan kat Restoran di Hati (nasi lemak baikkk punye) dan meneruskan perjalanan ke Nilai (hantar E.P plak) around 11 mlm something. Pastuh, terus pulang ke umah BBB, sampai around 12 mlm something. Yang pasti, aku nak buat pengakuan bahawa aku adalah seorang peneman suami ku yang tak bagus. Ntah kenape, smlm langsung tak tolong suami drive. Tido memanjang. Slalunye, aku akan tanya gak kat suami ku nak aku drive pulak ke or kiteorg bergilir drive. Tp, smlm..langsung tidak. Oh...kasihan suamiku ;(


Anyway, lega dah dpt pulang ke JB n tengok Mak. Alhamdulilah..Mak OK ;D. pic-pic di bawah boleh bg bayangan ringkas tentang Mak. Yang paling best, Mak yang suruh kiteorg amik pic die. Siap ckp kat abah " Abah tak nak amik gambar Nab makan ke?" hehehe.. Mak nak k.alin, abg. nihra and aqil tengok. Maka itu, di bawah adalah hasil posing kami. Enjoy aja ;D



(mak dah berselera nak makan)


(aku belakon jd doktor yg tengah bebel kat mak,
tp mak tak dulik. yang penting makan. haha)



(peace, mak sudah ok ;D)

27 October 2009

.Mak Operation II.

1.33 tengahari.

Abah : Yan, mak baru keluar dari bilik operation

Yan : Oh..Mak ok tak? selamat semuanye?

Abah : Ok, semua ok. Cume mak tgh pening-pening lagi. Ubat bius kot.

Yan : Ok. (dlm hati, Alhamdulilah..lega)

Alhamdulilah, mak dah selamat. Ni yang tak sabar nak balik tengok mak. Mlm ni aku, suami dan E.p akan gerak ke JB. Around 10 maybe. Kena tunggu suami ku abis keja.

ps: E.p = kwn baik suamiku dan aku. die join sekali balik jb sbb nak amik hp yang die beli online kat segamat. esok pulang ke k.l kami akan singgah segamat.

Moga-moga perjalanan kami selamat.
.AMIN.

.Gambo = Cerita.




Hobi aku amik gambo. Apa-apa yang menarik di mata, sure jadi hasil 'klik' aku. Kamera adalah salah satu gadget WAJIB ade dalam hand-beg/beg. Kalo tertinggal, sure frust. Tp, aku pakai kamera digital biase jek (adiah dr suami tercintan. tq dear ;D). Aku belum ade budget lagi nak beli SLR (ade sape2 yg pemurah nak sponser aku kamera SLR? aku dengan merendah diri sudi menerima. hehe) So, kat senarai pendek tajuk 'Hobi' ini, aku akan jadikan platform untuk kongsi hasil gambar yang aku amik samada yang asli atau yang telah ditokok-tambah.

Selamat melihat/memerhati/mengkomen/mengata/mengkritik dan mencuci mata ;D



.Tolong Sesama Umat.


Kawan-kawan yang kenal aku, mesti tak heran bila aku post topic ni, sbb selama ni bile dieorang tanye aku tau tak lubang-lubang keja kosong or tolong dieorang dapat keja ke, aku mmg takkan dapat tolong, lagi-lagi keja dgn gomen (Maaf yea). Tp..aku hanya boleh cadangankan dieorg bukak website-website tertentu. Selama ni mmg page-page ni la jadi tatapan aku untuk dapat maklumat terkini tentang kerjaya. Jadi, kini aku share dengan korang dlm blog ini. Sila la singgah yea:-


" http://myadha.blogspot.com/search/label/Kerjaya

http://my.jobstreet.com/

http://www.malaysia.gov.my

http://www.jobsmalaysia.gov.my "


Selamat Mencuba!
Doa + Usaha + Tawakal = InsyaAllah Berjaya!

.Mak Operation.

9.47 pagi

Abah : Assalamualaikum, Yan tengah keja ke?

Yan : W'salam. Iya abah.

Abah : Abah nak bagitau, Mak baru masuk operation room. Dalam pukul 12 keluar la kot. Doktor kate, dalam 3 jam siap.

Yan : Oh, baru masuk. Ok. Sape ade kat sane? Iwan? Nizam?

Abah : Abah sorang jea. Nanti baru dieorang datang. Ani baru naik bus pukul 9 td. Yan bila nak balik?

Yan : Malam ni, lepas Adi habis keja.

Abah : Mlm2 hospital tak boleh masuk dah.

Yan : Takpe la, Yan gi hospital esok pagi. Mlm ni pun mesti sampai tengah malam.

Abah : Ha, ye la. Nanti apa-apa telefon.

Yan : Ok.


* Mak operation telinga. Ade problem dengan telinga mak. Dulu pernah buat sebelah, kali ni buat lagi sebelah. Harap-harap semuanye berjalan lancar dan Mak sembuh sepenuhnya*
.AMIN.




.Perjalanan Punca Rezeki.

6.30 pagi ku gerak dr umah, Bndr Br Bangi. Smpi Jalan Tun Razak ni, kul 7.15 pagi. al-kisahnye tentang perjalanan sumber mencari rezeki aku ni menarik jugak. sbb..slalu sgt bile org lain tau aku travel pegi n balik keja bangi<-->k.l, ayat ni sure akan kuar: "keciannye, jauh tuh" atau "tak penat ke jem?" dan aku mesti jawab, "takde masalah, ok jek. dah lali".

Oh..sungguh tak ku sangka sekarang aku akan jwb begitu sbb sebelum aku menjadi salah sorang warga penambah ekonomi malaysia kat K.L ni, aku sgt la rimas dtg ke k.l. gara2 jem yg never ending. bahkan, mase aku bercintan dulu, cik abe siap perli, "tak tahan jem jgn dok k.l." hehe..tp skang, wahai suami ku, isteri mu sudah boleh ckp "jem? ape tuh? jem kaya? jem strawberi?" hehe..jem tidak lagi bg kesan emosi pada isterimu ini ;P

Pegi balik keja yg makan mase paling lame aku pernah kena, 2 jam lebih (dah mcm gi melaka) tak menjadi satu masalah bg aku. mase2 dlm keta tuh aku penuhi dengan mendgr Red.Fm. mmg layan la siaran tuh. lagu2 very klasik n ade juga up-to-date. kdg2 smpi lupe diri nyanyi dengan hangguk2 kepala sakan.

Aku pun rase je
m tuh dah tak menjadi masalah emosi aka tekanan pd aku sbb bile aku balik tuh, aku dpt jumpe suamiku. slalu mmg rase tak sabar nak balik. walaupun suamiku bukan ade kat umah sbb keja smpi mlm tp mesti aku singgah jap ofis die. tak nmpk muke pun, nmpk ofis pun dah best. tak percaye? haha..mmg aku angau. angau dgn suamiku. x salah kan? hehe..

And sbb lain jugak, bile dah balik tuh, hal-hal keja is out of my mind. aku dpt rehatkan minda aku setelah 9 jam otak ni berfungsi. ~ tenang~

So...pada semua. terima kasih sbb prihatin. siap ade yg tolong aku nak dapatkan kuarters (tp tak dpt2 lg, k.l ni kuarters limited kot) tp, jgn risau yea. setakat ni, aku tidak alami kemurungan akibat jem. stakat ni aku masih boleh tekan break, tekan minyak, tekan break lagi, dan tekan minyak lagi, break lagi.... dengan keadaan tersenyum..




26 October 2009

.Cuaca.

gelapa amat. bunyi dum dam dum dam. oh...itu tandanya, hujan sudah turun. angkat kain jemuran ;O

.Al-Fatihah.

Al-Fatihah :

i) Arwah atuk suami ku di Bangi yang meninggal dunia pada 24/10/09

ii) Arwah atuk ku di Perak yang meninggal dunia pada 8/10/09

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan bersama orang-orang yang beriman
.AMIN.

Kisah disebalik gambar ini akan dikongsi esok
.InsyaAllah.




Pertunangan Sahabat Baik Ku





Ok. Aku nak share hari keramat best fren aku ni. sgt best. Setelah lame lampu kuning, akhirnye, raye tahun ni kwn aku and arjuna yg dicintai dpt lampu ijau.

So, sebelum ke
fasa perkahwinan, kwn ku lepaskan diri ke fasa merisik and tunang dulu. So sabtu aritu, Alhamdulilah sahabat baik ku yg dikenali dr kecik (darjah 1 ok) Azah aka Farah..telah selamat menjadi tunangan sang arjuna Nizam. Cantik, molek,comei die masa arituh. Yang menarik, mase majlis arituh, keluarga lelaki mmg mengikut adat dolo-dolo. sang arjuna tidak dibenarkan same sekali menjejakkan kaki di rumah gadis. Tak kira la dok dalam keta ke. Dok tunggu luar pagar ke. Mmg tak wujudnye sang arjuna masa majlis tuh. Dok la diam-diam kat umah sendiri yea.

So, aku agak kagum la. Sbb mase time ku tunang dulu, arjuna ku (kini suami ku) dengan slamber masuk skali dok bincang n makan n amik2 pic. hehe.."babe, nizam melepas tgk ko cun melecun la arituh. hehehe".

Ari tuh jugak, aku telah dijadikan
photographer tak bertauliah untuk azah. Dengan hasil gedik kami, dpt la jugak pic-pic yang best. (pada aku best. pada die pun best. pada korang..wa pu ci tau)


ps: Untuk sahabatku. "Tahniah Cik bakal Puan Azah, moga kamu dan si dia kekal ke ji
njang pelamin. Mu dah mmg manis..bertambah2 manis bile bertunang ni. jage diri baik2 yea" (sesungguhnye di saat ini aku spt mau nagis sbb happy sgt tuk ko) sayang ko amat babe ;D




aku yang pemalas

Hmm..korang pernah tak kena marah buat kerja tak betul pastuh korang trus malas nak buat. Sesungguhnye aku sedang alami keadaan itu. Aku dah buat keja. pastuh kena tegur kaw-kaw punye pdhal bfr submit, sekian org tuh dah semak. So skang..aku punye perasaan malas. jap lagi aku kena cari mood balik nak buat keja tuh. aku tau..aku kena buat jugak..aishh...

Permulaan Sesuatu Yang Baru Tp Sudah Lama...

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Hmm..aku berdebar n agak kekok nak type. tp..aku tak sabar. akhirnye, ape yg aku mau buat aku buat jugak. selame ni ku pendam jek semua ni. tp hari ini, tanggal 26 Oktober 2009, aku wujudkan blog aku ;D

Poyo? over? haha...aku tak kisah. yg penting, aku puas. hehe..mungkin ayat aku akan agak tonggang terbalik tp..harap-harap masih boleh difahami. hehe..

Untuk coretan pertama ni..aku nak buat opening speech. hehe..terimalah:

26 Oktober 2009, tarikh keramat aku wujudkan blog untuk tatapan semua yg jumpe blog aku. hehe..aku nak ucapkan terima kasih pada si Gadis bernama Hidd. die tak kenal aku, aku pun tak kenal die. tp aku kenal die melalui blog die. sbb die, aku teruskan usaha n niat aku tuk mulakan blog ni. kerana blog die aku jd xcited sgt. hehe..thanks Hidd. myb one day i will xpose myself to u. secondly, untuk suamiku. thanks for understanding. mestilah sbb die bg keizinan aku bukak blog ni and harus la aku mintak izin die dulu. hehe..tp ade syarat..tidak dibenarkan xpose muke die. biarlah aku, family n kwn yg pernah jumpe die sahaja yg tau sape suami ku. kacak mane suami ku n sweet mane suami ku ;D hehe..


Last but not least, pd sape2 yg membace blog ni. moga korang enjoy the stories yg akan ku kongsi. niat di hati nak share pengalaman n pengetahuan. niat di hati nak dijadikan blog rujukan jugak n paling penting niat di hati nak lepaskan ape isi ati n kongsi dgn korang.

Sekian, kalimah-kalimah utama blog ini. enjoy aja ya ;D