31 December 2009

.Sunyi. Kemaruk. Harus.

Sunyi ofis ni hari ni. Ramai yg bercuti. Bos-bos besar plg ramai takda. Tinggal bos-bos kecik mcm kami dengan staff-staff lain. Semenjak aku kahwin, aku dah biasa dengan situasi mcm ni. Jarang aku cuti bile org lain cuti. Mcm raya hari tu. Last day sebelum cuti raya aku masih bergiat-aktif kat ofis. Tinggal 5, 6 orang je. Sebabnya, aku raya pertama kat umah mak mertua. Mak mertua kat Bangi jea. So, tak perlu la cuti. Best jugak keja time mcm ni. Telefon takde la aktif berbunyi. Nak buat kerja tanpa gangguan pun senang. Hehe. Jalan ke kerja pun smooth jek. Takde tekan break, tekan break. Tp, balik nanti tak tau la. Kot-kot masih ramai kat luar tuh yg balik k.g lepas kerja. Yg pasti, Isnin depan sure ofis lengang lagi sebab ramai staff yg hantar anak-anak gi sekolah dan jalan sure lagi teruk jem.

Oh yea. Aku dah selamat pulang dr bercuti sakan. Oh sungguh seronok. Mmg tak puas. Next year aku nak pastikan cuti aku lagi panjang. Hehe. Target setiap tahun kena simpan cuti bnyk-bnyk supaya hujung tahun dpt berjalan sakan macam org sakai. Nanti la aku citer pasal cuti-cuti Malaysia aku hari tu. Sekarang lum ade feel.

Selain target untuk simpan cuti, aku ade target lain gak. Aku nak kempiskan lemak-lemak berlebihan di perut ini. Itu, aku harus amat. Sudah tidak cun la dan aku kena berhenti dengar lagu-lagu dr pendrive jea. Aku kena kembali ke dunia radio semula. Tp, aku masih ketagih la dengan lagu-lagu tuh. Uh, bagaimana. huhu

Ok la, sekian untuk persinggahan sebentar di sini. Banyak lagi kerja nak kena buat ni. Banyak lagi fail nak kena kemas-kini, 5hb nanti audit mau dtg. Audit pertama aku. Aku yakin apa aku buat betul, tp..mungkin ada jugak kesilapan yg aku tak nampak tp mereka para audit nampak. Oh..menggerunkan.....

Daa ;P

24 December 2009

.Seronoknya.

Wah, tak sangka tinggal beberapa jam jek lagi aku,suami tercinta,teman kami dan adik-adik ipar akan bergerak ke Kelantan. Seronoknya..

Aku akan cube menahan mata aku supaya dapat jadi peneman setia suami tercinta. Hehe. Harap-haraplah aku tak tertido.

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang yea. AMIN.
lalala~

23 December 2009

.Gegaran.

Oh..td pagi aku terasa gegar semacam jek kerusi aku ni. Mula-mula ingatkan sbb aku pusingkan kerusi. Tp, tak. Sampai aku pening sikit. Staf-staf lain relax jek. Pas dah abis gegar tuh, aku tny P.A bos yg dok depan bilik aku.

Aku: Maam, rasa tak gegar?
Maam: A'aa la. Asal gegar.
Yg lain-lain: Mana ade gegar.
Bos dari bilik die: Eh, asal gegar ni?

Aku tak puas ati. Tanya org-org kat depan. Ada yg ckp rasa ada yg tak. Wah..ini gegaran pertama aku rasa. Cuak jugak la kalau kena lagi. Then, aku saja cari kalau ade berita psl gegaran td and ini yg aku jumpe:-

23 Disember, 2009 12:18 PM

Gempa Bumi Sederhana Dikesan Di Selatan Sumatera

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 Ritcher dikesan melanda kawasan sekitar selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 9.11 pagi Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan Rabu berkata pusat gempa bumi itu terletak di lokasi 67km dari tenggara Siberut, Indonesia dan 547km dari barat daya Melaka.

Gegaran dirasai di sesetengah kawasan di barat Semenanjung dan pihak jabatan sedang memantau perkembangan selanjutnya, menurut kenyataan itu.

source--http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=464047

BERNAMA


Aku pasti gegaran td ade kaitan dgn berita di atas. ishh, mcm nak inform je kat Bernama yg kat sini pun terasa gegar oOo.

.Kamera sudah sehat.


Yipeee...kamera sudah sehat. Pastinya, akan ku sakankan diri aku seperti orang jakun mengambil gambar di Kelantan. Harap-harap suami tercinta dapat bertahan dengan perangai sakai bini die nanti. hehehe..



Sebenarnya, memory kad aku yg rosak. Oh, setelah setahun berkhidmat. Die gugur juga akhirnya. Harap-harap new born memory kad ni bertahan lama. Akan ku pastikan warranty 5 tahun berbaloi-baloi.

Gumbira tak terkata ;D




22 December 2009

.Tangkap Lentok.

Nisha, kwn aku yang dah buat aku tangkap lentok dengan lagu-lagu senarai di bawah. Sejak pi Kedah smpai la ni. Pi balik keja lagu-lagu ni la yg aku dengar. Maaf yea Red FM, aku terpakse menduakan kamu. Aku dah ketagih sgt dengan lagu-lagu yg Nisha save dlm pendrive aku ni. Mungkin esok lusa, aku start balik dgr kamu ya.

Mr.Aito Edmundo. - Best I've Ever Had.
Kings Of Leon - Use Somebody
Craig David - Officially Yours
One Republic - Apologize + Say (All I Need) + Won't Stop + Stop & Stare
Pink - I Don't Believe You


Anyway, ade this one guy dlm list lagu ni yg aku dan Nisha sedang cr identiti die. He's unknown. Nisha baru kesan die kat youtube. 1st time Nisha dengar sudah jatuh cinta. Bile aku g umah die, die kasi aku dgr. 1st time aku dgr aku pun sudah jatuh cinta dan sekarang kami nak cari jejaka idaman baru kami ini.
Mr.Aito Edmundo. Who r u??



Operasi mengesan Mr.Aito bermula
Ayuh! ;P

21 December 2009

.Kamera Down.

Aku sadis dan sangap. Kamera kesayangan dan idaman rakan-rakan ku rosak. Still dont know either the problem is the memory card or the kamera itself. Suami tercinta ckp memory, but still need to be check.



Oh..harus dibaiki sebelum ke road-trip kedua, Kelantan. Kalau tak..sangap la perjalanan aku. Gatai la tangan aku tak dpt nak amik pic. Meroyan-royan la hati aku tak dpt nak 'klik' 'klik'. Mcm road-trip pertama harituh, ke Kedah. Hati aku menjerit ketidakpuashatian sbb tak dpt amik pic bnyk2. Walaupun ade kamera handset. Tp, kamera handset tidak berapa menarik mcm my Sony tuh. aishhh....

oh..plz my dear kamera, kembali sehat la kamu =(

17 December 2009

.DiA Manis.

9/12/09

Aku : D, orang terasa nak makan Dunkin' Donat la. hmm, sempat tak g lepas awak balik keja nanti?
D : Tak. Kedai dah tutup.
Aku : Oh, ok. Takpe la.

13/12/09 : Petang

Aku : D, awak rase. Lepas awak balik keja nanti, sempat tak kite g makan kat Dunkin' Donut?
D : Tak. Kedai dah tutup.
Aku : Oh, ok. Takpe la.

20.41 mlm

D : Tengah wat pe?
Aku : Tengah rehat-rehat. Baru lepas mgemas and menggosok baju. Nape D?
D : Siap2. Ikut jln2 jp lg. i amik u jp lg lpas blik keje.
Aku : Oh..ok ;D

21.45 mlm

D : Org dah sampai

Aku pun turun. Masuk keta jek aku tergelak.

Aku : D, mcm tengah dating jek. Pakwe amik makwe kat umah. Dengan awak yg tak masuk umah. Tunggu dalam keta jek. Hehe.
D : (Senyum jea, mcm biasa)

Kami pun pusing2 jalan2 kat area BBB. Bila suamiku bwk kami jalan2 tuh. Aku tanya...

Aku : D, org nak blakon mcm org tengah dating ah. hmm...awak, awak nak bwk saya g mane ni?
D : Adelah. (Sambil tersenyum melayan karenah aku)
Aku : hehe..

Bila suami ku lalu jalan yg tembus ke arah tol Sungai Besi. Aku pun mcm pelik dan...

Aku: Eh, ni nak masuk Bangi balik. Asal....? oooooHHhhh..lepas tol tuh ade Dunkin' Donut. Hah! Alaa..so sweet. Awk nak bawak org g sane eh. Nak makan Dunkin' Donut. Ohh..thank u D. Thank u so much. Ishh..bestnya.

Sampai sane je, br perasan. Dunkin' Donat tuh 24 hours. Aish, best! and at last, aku sampaikan hajat tekak aku ni mkn Chicken Mayo Sandwich + Hot Chocolate dan suami tercinta lagi sweet mkn Turkey Sandwich. Sgt puas makan lagi-lagi dengan kejutan yg suami tercinta buat. Oh..mmg kenyang amat la. Hehehe..


Terima Kasih Suami ku
Kamu memang sungguh sweet dan best!
Suka.Sayang.Rindu awak selalu ;D

.Memerlukan.

Oh..sudah lama aku berdiam ya. Semua kerana aku teramat sibuk. Oh, 2009 adalah tahun yg sangat aishhh...susah nak ckp. 2008 tak seteruk ni sbb mase aku baru masuk keja ni dah hujung-hujung tahun. huhu. Tp, percayalah, bagi mereka yg selalu fikir org gomen kerja senang. Aku terpakse ckp bukan semua begitu. Sbb kerja aku tak pun. Aku pernah kena keja ujung minggu. Sabtu Ahad. Aku kena jugak balik malam dan aku jugak buat semua keja lebih masa ini dengan niat Saya Yang Menurut Perintah sbb tiada bayaran OT. (untuk makluman, takde istilah OT bg pegawai gomen ya)

Jadi, disebabkan semua tuh, sekarang aku perlu amat bercuti. Perlu dan akan bercuti. Sudah sampai masanya. Yg pasti, perancangan ke Kedah esok adalah road-trip pertama aku dan teman-teman bg tahun 2009. Tak sabar. Harap-harap semuanya selamat. Esok, aku+Ijan+Yam+Nisha akan ke Kedah. Kenduri kawin Cik. Marini Sabtu nanti. Jadi, kami plan pegi esok dengan niat, sampai sana boleh jalan-jalan dulu. Jumpa Diana di Seberang Jaya dan mungkin akan ke Penang atau mana-mana yg Diana boleh bwk kami. Oh, membayangkan sahaja sudah seronok ;D

Kemudian, minggu depan 24/12/09-29/12/09 pulak road-trip ke-2. Ke Kelantan pula. Aku+suami tercinta+E.P+adek-adek ipar. Siap pinjam van abah lagi. Wah...yang ini paling tidak sabar sebab setelah sekian lama teringin ke Kelantan, akhirnya, suami tercinta menyampaikan hajat ku. Oooh, lepas ni, bile orang cerita Kota Baru, Pasir Mas or apa-apa kaitan dengan Kelantan. Aku pun boleh ckp, "ya, aku pun pernah ke sana". hahaha..

Tp, semua ini perancangan kami, hanya dengan izinNya, perancangan kami ini menjadi. Ku berdoa banyak-banyak apa kami rancangankan menjadi sebab aku betul-betul perlukan percutian ini. Aku nak cuti time orang lain tengah keja. Bukan lagi, orang cuti tp aku yang keja. Hahaha. Best-best! Oh, yg pasti, gambar-gambar road-trip akan diupload untuk dikongsi. Nantikan ya ;D




membayangkan cuti-cuti ni membuatkan aku tersenyum sendiri
gegege ;
D

02 December 2009

.Raya Korban @ Haji.

Seperti sedia maklum. Khamis lepas, kami pulang ke JB untuk sambut Hari Raya Haji. Smpai Jb kul 1 pagi lebih oOo. Gerak pun lewat kan. Tunggu masing-masing abis keja. Kami suami isteri dan adek bradek kan pekerja berdedikasi. Tak amik half-day or cuti. Tunggu jugak abis keja baru gerak balik. (Padahal, terpaksa keja. Hehe)


(raya haji pertama seorang isteri)
So, masa Hari Raya Haji tu, bukan kami sekeluarga saja yang ada. Tp, Ucu dan anak-anak dia dan jugak Nyayi kesayangan kami. (Nyayi=nenek dlm bahasa Jawa). Meriah lah jugak hari tu. Seronok. Meja makan mak penuh dengan makanan dan jugak orang yang nak makan.


(beberapa jenis makanan yang kami buat)


(orang kuat meja. hehe)


Lepas tu, macam biasa. Kak Alin mesti call. Salam perantauan la katakan. hehe. Then, tengahari, berSkype pulak dengan Aqil. Mula, Aqil muke monyok jek. Baru lepas ngajuk dengan mak die dan mungkin jugak sbb terkejut tengok ramai sangat orang nak ckp dengan die. Lepas nenek die pujuk-pujuk die, baru la senyum. Sakan la melayan Aqil. Aqil dah jadi mcm artis, ramai peminat. Semua nak ckp dengan die. Walaupun Aqil tak petah lg, tp, semua orang nak dgr jugak suara Aqil.

(Ucu bergayut dengan Alin)
Petang tuh, masing-masing buat hal masing-masing. Kak Ani dan Abg.Hemly g umah kakak ipar dia. Aku dan suami g shopping hp baru. (Thanks suami ku ;D) Iwan merayap dengan kawan-kawan die dan yang lain-lain lepak jek kat umah. Mlm tu, kami mkn hasil bbq abg nizam. Sedap..tp takde pic plak.


(ini la nyayi kami)

(aku mengisi masa lapang dengan 'klik' 'klik')




Ok la. Saja nak citer. Pdhal, takde pe sangat. Niatnya, nak letak gambar bg Alin tengok.
.Sekian.


Bye ;D