28 January 2010

.Mak Oh Mak.

Mak: Buat apa nak balik? Kan membazir, duit minyak, duit tol. Raya cina nanti kan mak abah nak datang K.L

Persoalan mak masa aku beritahu aku nak balik JB hujung minggu ni.

Aku: Alaa, sebab nak balik la. Yan balik naik bus. Lagipun, hari Isnin cuti. Yan pun dah mintak cuti hari Jumaat. Jadi, lama sikit balik.

Mak: Oh, naik bus. Ok la. Nanti boleh la pergi umah Tok Awi sama-sama.

*Mula-mula macam tak nak bagi balik. Bila dah explain, mak pulak yang buat plan. Hehehe. Alahai mak, anak mak ni rindu mak dan rumah sebenarnya. Tu yang nak sangat balik.

26 January 2010

.Selamat Hari Wilayah.

1/2/2010 adalah Hari Wilayah.

Jadi, Selamat bercuti pada semua warga kerja di wilayah persekutuan. Hehe. Aku suka sebab dapat cuti hari Isnin. Aku mahu pulang ke JB. Mau cuti puas-puas kat rumah mak abah dan aku dengan tak senonohnya telah memohon cuti pada hari Jumaat juga supaya boleh pulang ke JB lebih awal. Tp, tak tau la pulak lulus ke tak. Hehe..


*Rindu sangat rumah kat larkin tuh. Bukan rindu bilik zaman bujang aje tp rindu sangat dengan orang-orang kat rumah tu ;)

20 January 2010

.Fikirkan Boleh.

Aku : D, orang takut la. Bila senior kat pejabat tu cerita pasal aktiviti kat kursus nanti, orang jadi takut. Kena tidur kat hutan sorang-sorang. Belajar survive sendiri. Ishh..orang dah lah bukan jenis out-door. Sepanjang hidup orang ni orang mengelak aktiviti macam tu. Sebab tu time sekolah tak pernah pergi berkhemah ke apa. Alaa..

Suami tercintan : Belum apa-apa dah fikir tak boleh. Hmm..


Baru aku nak lelap mata. Tiba-tiba, suami tercinta boleh pulak pasang lagu ni:

FIKIRKAN BOLEH

"Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh"

source: http://jalurgemilang.via.my/2009/04/lirik-lagu-lagu-patriotik-fikirkan.html (2010)

Aku : hahaha..tak boleh blah la. Alaa...tak nak dengar. Hahaha...
Suami tercinta : hahaha..(dengan muka tak peduliknya, 2 kali dia pasang lagu tu)

*Annoyed tapi sangat comel tindakbalas suami tercintan tu. Aishh..macam mana aku tak bertambah sayang ni. Hehe. Opss..tergedik pulak ;P

.Stamina Kena Ada.

Alahai..walaupun belum pasti tapi kalau ikutkan gosip-gosip hangat batch aku, lagi 2, 3 bulan jea kiteorang nak kena pergi kursus. Senior baru kat tempat aku ni nasihat, "Awak baik buat persediaan. Kasi badan ada stamina dan fit untuk kursus tu. Kalau tak susah" Aish, macam mana ni. Aku dah lah pemalas.

Rasanya, aku dah tak boleh bangun lambat di hujung minggu. Rasanya, hujung minggu aku kena berada di tasik. Bukan untuk bercinta, tapi untuk bersenam. Sangat malas lah....huuuuu ;P

16 January 2010

.Petanda apakah ini?.

Apakah maksud disebalik kejadian yang sama berlaku tiga hari berturut-turut? Petanda apakah semua ni? Yang pasti 3 hari berturut-turut aku diuji untuk bersabar banyak-banyak dengan karenah manusia yang susah nak disebut. Hari ini, aku nekad aku akan jadi lebih direct. Aku tidak akan biar orang lain suka hati downkan aku tentang masalah atau perkara yang bukan salah aku. Aku akan belajar melawan balik. Senang cerita, aku akan belajar untuk defend diri aku. Fine, lepas ini aku akan jadi lebih berani. Ini yang korang nak kan? Haaa...

yanbranpunye ;D

15 January 2010

.Hari Down Aku.

Baru aku nak senang hati, ada lagi yang buat aku down. Penatlah macam ni. Aku rasa aku kena dengar nasihat suami tercinta dan juga si gadis. Aku kena lawan. Kalau tak secara terang, lawan secara halus. Mampukah aku? hmm..letih. Pekakkan telinga jea boleh tak? Lagi senang. Belajar sikap "lantaklah kau nak kata apa, yang penting aku tau apa aku buat dan aku usaha yang terbaik"..boleh ke?

*Kadang-kadang suami tercinta cakap aku ni suka fikir lebih-lebih. Padahal, orang lain tu tak pun anggap macam apa yang aku ingat diaorang anggap. Tapi, hal hari ini nampak jelas dan nyata. Bukan khayalan atau fikiran aku semata-mata.

.Aku Senang Hati.

P.A bos berkemungkinan BESAR tak perlu tukar ke tempat lain. Dia boleh tinggal kat sini. Yang beza, gaji dia makin MEWAH. (saja kasi besar tulisan mewah tuh. biar jelas lagi nyata.hehe) Seronok tak terhingga sebab aku akan pastikan bila dia dah dapat gaji baru, aku nak tuntut Pizza@Mc'D@KFC@Kenny Rogers@Secret Recipe. Yum~Yum~ Haha. Seronok jugak dia tak jadi pindah, tak lah aku sunyi. Best. Best.

*Aku tau dia selalu jugak jengah blog aku ni. Pada cik adek P.A, kasi ingat permintaan saya yea ;D dan Oh..mereka sang-sang itu, akan tinggal lagi lama dari yg dijangkakan...aishh..

13 January 2010

.Aku Tidak Suka, Ok!.

Aishh..mentality manusia yg ksdfjfjf*! memang aku tidak suka. Siap nak tengok setiap gerak geri. Apahal! Biarlah aku nak buat apa pun. Aku rasa aku tidak menyusahkan orang yang tidak berkaitan. Ishh...kata-kata yang tidak patut aku ambil port tapi aku teremo juga sebab mata-mata yg ahsdjah*!

Ya Allah. Tolonglah hambamu ini. Tenangkanlah dan kuatkanlah hatiku menghadapi manusia sebegini. Ampunkanlah dosa aku dan dosa mereka. Moga suatu hari nanti mereka akan sedar. Amin.

(ok, sekarang aku dah lega dan akan diam)

08 January 2010

.Waktu Solat.

Tiba-tiba aku terasa nak kongsi dengan korang tentang waktu solat yang boleh korang dapat dari laman web Jakim. Aku selalu rujuk kat sini untuk tahu waktu terkini. Moga kita sama-sama dapat keberkatanNya.

Sila Klik:
Waktu Solat
source: http://www.e-solat.gov.my/MainWS.php

"Sembahyanglah Anda Sebelum Anda Disembahyangkan"

.Avatar Rocks!.

(source: http://images.search.yahoo.com)

Semalam berdating dengan suami tercinta menonton Avatar. Planning mahu tengok yang 3D tapi disebabkan dating ini dirancang disaat-saat akhir jadi, takda rezeki sebab sudah penuh. Secara kesimpulannya, dari 10 markah aku bagi 8 kat Avatar. Mmg sangat mengASIKkan la cerita ni.

Paling best bila banyak lampu-lampu dalam cerita ni. Aku ni dah la 'hantu' lampu. Bak kata Nisha, "Yan, ko gi la tengok Avatar. Banyak lampu-lampu. Masa aku tengok cerita ni, aku terus teringat ko". haha. Mmg betul la Nish. Best amat. Selain dari sebab banyak lampu, pada aku jalan cerita mmg menarik. Oh..sungguh besar warga Pandora tu yea. Hehe.

Anyway, kepada mereka yang 'hantu' lampu macam aku, sila la tengok Avatar dan pada mereka yg tak, anda juga disarankan pergi menonton. Anda pasti tidak akan menyesal.

Link berkaitan dengan Avatar:

Rating
Summary


*Oh..aku jadi terkejut tengok gaya dan ragam orang-orang kat Pavilion semalam. Rase mcm ish..pelik and biar betul. Pasti sebab aku ni dah lama tak keluar pergi shopping mall. Oh, begitu rupanya dunia di luar itu iyea..hmmm*

07 January 2010

. Mereka Sudah Jadi S.U.P.



Masuk ofis 4hb hari tuh, P.A bos tersenyum lebar. Haha. Pekeliling baru kerajaan keluarkan buat si P.A dan kumpulan dia tersenyum lebar lagi puas. Mereka jadi lagi kaya dan lagi Pegawai. Bak kata bos, "Izyan, sekarang tak boleh panggil dieorg ni P.A lagi, kena panggil Puan S.U.P (Setiausaha Pejabat) dan die tak leh jage saya lagi, dia layak jage golongan Jusa jea. Hehe"



Tahniah
la yea pada semua P.A yg ada diploma. Memang best la bonus@rezeki korang untuk tahun 2010 ni. Kepada P.A bos tersayang, saya harap awak dipindahkan masa sy dah pergi kursus. At least saya tak la sedih sgt tgk awk pergi. huhu.. ;(

disertakan link mengenai pekeliling tersebut:
Pekeliling Perkhidmatan Bil.27 Tahun 2009
source: http://www.jpa.gov.my

06 January 2010

.Tenang Untuk Satu Hari.

hey..hey..tenangnya dalam hati..esok para-para itu tidak ada. Mereka akan kembali hari Jumaat nanti. Seronoknya. Esok aku mau sarapan roti boom dan makan tghari di Bernama atau Pulau. hmm..mcm nak ajak K.Liza enjoy kat pulau la. hahaha...

;D aku gumbira

.Terjawab.

Aku : D, sekarang jalan dah jem teruk balik. Org pelik la asal bile time sekolah je jalan jem. Mane pegi time budak-budak cuti sekolah ek?

Suami Tercinta : Iyea la. Budak-budak masuk sekolah pukul 7.30. So, mak bapak dieorg kena keluar awal hantar anak-anak pastu gi la kerja terus. Sebab tuh jalan jem semula. Masa cuti sekolah, mak bapak dieorg boleh g keja lambat sikit.

Aku : Ohh..ok. Logik dan paham.

Sekian, pertanyaan aku semalam terjawab. Mudah dan boleh diterima pakai jek jawapan die. Asal aku tak pernah terpikir mcm tuh.

Oh, terima kasih suami tercinta ;D

05 January 2010

.Kenapa?.

Ok. Aku dah agak. Hari Isnin mesti jalan jem teruk. Walaupun aku keluar pukul 6.40 pagi, aku still sampai ofis sejam kemudian. Aku pelik. Kenapa selalunya, 1st day hari sekolah, jalan mesti jem teruk? Mane pergi dieorg semua selame ni? Lagi satu, bukan 1st day jea, tp, bila time budak sekolah jea, jalan mesti jem semacam. Apa mak ayah dieorg ni cuti jugak ke mase anak-anak die cuti sekolah? hmm..tak logik.

Ah..takde tujuan. Saje nak bagi otak ni pikir benda lain dr hal kat ofis ni. Aku letih. Sampai nak demam ni. Aish..


(papan iklan kedai ni pun mengelirukan aku. hmm..)

02 January 2010

.2010.

Aku turun ke dapur untuk bersarapan. Ibu aka Mak Mertua ku sedang mengoreng keropok.

Ibu : Eh, nak gi mane?
Aku : Gi ofis bu, ade kerja kena buat.
Ibu : Wah..rajinya. Azam tahun baru ke?
Aku : Haha, mmg tak lah. Kena buat kerja. So..hehe

Ok fine. Arini ari sabtu, 2.1.1010. Aku datang ofis sebab nak siap kemas-kini fail2. Semua gara-gara tahun baru 2010 ni aku nak pastikan yg maklumat dan bahan-bahan 2009 dah siap kemas untuk diletak di tempat yg lain. Supaya ada ruang untuk kerja-kerja 2010 aku disimpan DAN jugak untuk pastikan fail-fail yang anak-anak buah aku kemas dah 100% siap. Semuanye sebab Selasa nanti Audit Negara mau mai.

Bahagian aku + kewangan + aset dah la paling panas. So, bos sebelum cuti dok asik ingatkan..
"Izyan, pastikan fail-fail semua update k. Semak apa yang audit perlu and make sure semua ada". Hee..Aku cuak bila bos cuak. Sebab selalunya, Bos cool. Tp, kali ni aku nmpk Bos nmpk risau jugak sebab ni Audit Negara. Selama ni audit dlm or audit ISO Bos tak risau mcm ni. Siap suruh aku relax. Tp, kali ni dia nmpk lagi risau dr aku. Oh...aku rasa harini aku akan balik jam 5 jugak....

Sekian. Untuk makluman DuaJanuariDuaRibuSepuluh.