30 November 2009

.6 Bulan Yang Indah.

Oh..suami tercinta ku,
isteri mu ini sentiasa,

Suka Awak,
Sayang Awak,
Rindu Awak,

hingga akhir hayat.



Selamat 6 Bulan 'd'

26 November 2009

.Pulang Ke JB.

Oh...lagi setengah jam lagi nak abis keja. Tak sabarnya sbb hari ni nak balik JB. Mcm dah lame sgt tak balik. Semestinya jalan akan jem. Tapi takpe. Akan ku redah jugak sbb yang penting mlm ni gerak ke JB dengan selamat.

Anyway,
Selamat Hari Raya Korban ya semua.
Berhati-hati di jalan raya.
Ingat yang tersayang.
Isnin nanti jangan lupa masuk ofis ;P

ps: Alin, esok pagi kite Skype eh. Nak ckp dengan Aqil ;D

25 November 2009

.Hanya Untuk Makluman.

Salam dan Salam Perpaduan

Kadang-kadang ada dialog yang aku buat kat entry aku tuh yang mmg sebijik mase kejadian berlaku tp ade jugak dialog yg aku ubah or aku ringkaskan. Tujuannya, untuk bagi mudah difahami dan yang penting untuk cepat sampai ke cerita sebenar kejadian yang berlaku.

Sekian. Aku Yang Memerintah Hanya Ingin Memaklumkan.


.Buku Sudah Dapat.

Merah?







Kenapa pic semua merah jek yea? Semua ni ada kaitan dengan Red Fm. Al-kisahnya...

23/11/09 (Isnin)

Amoi: Hello, Izyan.

Yan: Yes, Hello.

Amoi: Im calling from Red FM. About your Twilight book.

Yan: Oh ya..ok

Amoi: So, when will you come to collect it?

Yan: Oh..Im planning to get it maybe on Tuesday or Wednesday. Oh ya, when is the last day ah?

Amoi: Thursday.

Yan: Oh, not Friday ah.

Amoi: No..No..

Yan: Ok then.

Amoi: Ok..bye..

Ofis ku:-

Cik.Yan: Ila, esok teman g amik buku tuh boleh?

Ila: Ok, boleh aja.

24/11/09 (Selasa)

Ila: Cik Yan nak g amik buku kul bape?

Cik Yan: Hmm..macam tak sempat la hari ni. Banyak sgt keja. Tp, awak tau dah tempat tuh kat ne?

Ila: Oh..tau dah. Tengok kat Google Map

Cik.Yan: Oh..dekat ke?

Ila: Dekat jea.

Cik.Yan: Esok pagi la kite g eh.

Ila: Ok.

25/11/09 (Rabu) 9.00 pagi

Cik.Yan: Ila, kite gerak 9.30 eh.

Ila: Ok.

Kami pun bergerak ke Jalan Lumut (tempat amik hadiah Red Fm) dan hasilnya....



(hidung kembang tanda syok abis nak buku. haha)

(Ila si peneman ku yang sweet amat)

(Haruslah amik pic sebagai bukti kan. hehe)

(Ini la bukunya)

(muka surat pertama)

(Bakal di wayangkan oOo)

(aku mmg suka suki amik pic begini)


(posing HARUS dari aku)

Oh ya, bila aku baca sikit-sikit buku tuh, baru aku teringat. Novel ni dah difilemkan tp aku tak tengok pun dan sekarang ade yg kedua pulak (Full Moon) aku baru jek tgk sinopsis filem die. Mmg menarik. Tak sangka aku dapat buku dia. Nampak sangat masuk pertandingan tak amik port langsung menang buku ape. Hahaha.

Sekian
Red Fm: 104.9
Today's Best Music


20 November 2009

.Sukacita. Simpanan.

19/11/09 : 8.30 mlm

Kringgg...Kringg..


Mak: Assalamualaikum. Yan..

Yan: Salam Mak.

Mak: Tengah buat ape tuh?

Yan: Tengok tv

Mak: Yan, ni mak nak bagitau. Tp, ko jangan pikir apa-apa. Kuatkan hati yea.

Yan: Ishh..mak ni kenapa?

Mak: Dah dapat surat dr ****. Sukacitanya, Lembaga Temuduga telah membuat keputusan untuk anda dijadikan calon simpanan.

Yan: Oh...(hati sudah sebak, mata sudah bergenang dengan air mata darah)

Mak: Jangan sedih yea Yan. Belum rezeki lagi kot.

Yan: Hmm..ye la.

Mak: Tempoh simpanan tuh selama 6 bulan. Kalau lepas 6 bulan takde panggilan. So, habis la. Mungkin kena interview lagi la kalo nak masuk.

Yan: Hmm..takpe la. Takde rezeki lagi la tu.

Mak: Sebenarnya, dah dapat surat ni semalam. Tapi, mak kesian kat kau. Mak tak sampai ati nak bagitau. Tp, hari ni abah suruh bgtau jugak. Nanti, ko kena tau jugak

Yan: Hah...takpe la Mak. Kawan yan lagi 2 orang tu mesti dapat sebab yang dengar hari tu memang die nak 2 orang je.

Mak: Ha..takpe la. Mana tau ttibe dieorang tak nak ke atau ade lecturer pindah ke. Tunggu je 6 bulan ni. hmm..nampaknya tahun depan ko kena pegi kursus la eh. Bulan bape?

Yan: Ha'a. Dengar-dengar bulan 1. Tapi, tak sure lagi

Mak: Haa...ok...

* and the rest is biarlah rahsia....(sebenarnya, panjang lagi tp nak kena cepat. so..short-short kan. hehe)*

Apa yang aku harapkan, masih belum dapat. Mungkin bukan rezeki atau belum rezeki. Aku pun tak tau. Mungkin dah takdir aku kena stay gak keja sekarang. Oh..aku benar-benar tak tau. Tp yang pasti, lepas aku call Mak, aku call ngadu kat suami tercintan dan jugak kawan-kawan yang tau apa aku inginkan ini. Mereka semua bg support. Thanks all.

Dan..aku jugak dpt info baru dr sahabat ku. En.Kemal, kursus kami mungkin akan xtend bulan 3 atau 4. Oh..lega amat di dada. Meaning aku masih ade masa kalo nak kejar apa yg aku nak. Mungkin bukan di Segamat. Mungkin di tempat lain. Aku tak tau. Yg pasti, aku akan still cuba kejar. Kalo dah sampai waktu untuk aku ke kursus masih tak dapat-dapat jugak. Aku akan bertahan dengan apa yang aku buat sekarang. Mungkin sampai 44 atau 48. Biar berbaloi-baloi aku pergi kursus 6 bulan tu. Hehe..

Oh..sesungguhnya,
Kita hanya merancang,
Tetapi hanya Tuhan yang menentukan.



(Gambar aku amik mase kat kg. Perak ni menenangkan ;D)

19 November 2009

.Kenapa?. Mengapa?. Apakah?.

Kenapa/mengapa aku suka tulis:-

Oh..
So..
Sekian..
Disertakan..
Salam Perpaduan..

Oh..apakah?
Oh..sebab aku rase best sebut oh tuh bila aku menaip.
So..apakah?
So..sbb adalah perkataan bagi penyambungan sebarang cerita aku
Sekian..apakah?
Sekian adalah mmg ayat yang aku suka samada bila cakap atau menaip
Disertakan..apakah?
Disertakan adalah perkataan yang WAJIB aku guna bila aku keja.
(Ayat memo, surat, e-mail orang gomen)
Salam Perpaduan apakah?
Salam perpaduan sebab aku mmg nak orang berpaduan tak kira bangsa agama dan budaya ;D

Sekian. Untuk Makluman.
Saya Yang Memerintah
;D

.Aktiviti Di Hujung Minggu.

Disertakan gambar-gambar aku 'klik' pada awal bulan November tahun DuaRibuSembilan yang lalu. Gambar-gambar itu menunjukkan aktiviti hujung minggu yang aku buat seorang diri kerana suami tercintan kerja. Sungguh independent kan isteri mu ini wahai suami ku. Hehe. (Konon) Padahal, dalam hati berkata-kata.."Kan best kalo si suami tercintan ada". Tp, untuk menjadi isteri yang solehah lagi ayu. Aku harus buat semua ini. Hehe. Saksikanlah...

Waktu: 10 lebih pagi.
Lokasi: Pusat Servis Kereta Hyundai, Kajang
Masa menunggu: Lebih kurang 3 jam



Waktu: Di antara 10 lebih pagi sehingga hampir 1 tengah hari
Tujuan: Mengisi waktu lapang sambil menunggu kereta siap dibaik pulih
Kesimpulan: Tak habis baca tp amat sedih bila mengenang kekurangan diri




Waktu: 1 tengah hari lebih
Lokasi: Drive and Wash Services, Esso, Bangi
Tujuan: Bagi kilat kereta aku yang comot tuh
Kesimpulan: Berbaloi-baloi sebab memang bersih amat luar dalam
dengan harga RM10 sahaja. TP...petang tuh, hujan pulak.
Redha je la kereta akan comot semula.





Waktu:
2 petang lebih
Lokasi: Bilik anak gadis, No 8, Seksyen 3, BBB
Tujuan: Kasi kemas baju suami tercintan supaya
nampak
mmg suami ada isteri yang rajin kononnya




Sekian. Kehidupan seorang isteri di hujung minggu.

.Abg. Ipar ku Di Hospital.

11/11/09 yang lalu. Aku dan suami tercintan pergi ke KPJ Shah Alam untuk melawat abg.ipar ku yang baru lepas operation. Alhamdulilah, operationnya berjalan lancar dan abg.ipar ku tu sehat sampai boleh belakon sakit untuk pose gambar. hehe. Semua ni dituju khas untuk kakak ku dan keluarganya yang berada di NZ. Saksikanlah. Oh ya. Hotel...ops..tersilap plak. Hospital ni menarik. Macam hotel u. Kelas! hehe...

Kisahnya:-

Yan: Yan nak amik la pic hotel..ops..bilik ni. Mcm hotel. Leh upload kat blog and bagi Alin tengok

Mereka: Malu la..

Yan: Alaa...untuk Alin, Abg. Nihra and Aqil tengok.

Mereka: Yela..(Mmg senang kalo bagi ayat pancing tu. Hehe)

Ani: Abg cepat posing sakit kat katil. Nampak real sikit

Abg. Hemly: Haa...Ye la.

Ani: Haa..cepatla Yan. Amik gambar.

Yan: Ok..1,2..pandai...haha

Dan seterusnya..aku pun 'klik..'klik'..'klik'...sambil suami tercintan mengelakkan diri dari di'klik' hehehe..


(Bilik 'hotel' No 522)


(Pesakit sedang rehat. Konon)


(Semua malu-malu meow)


(The tv and the sister)


(Tempat khas orang yang meneman si sakit)


(Oh..bayangan siapakah itu? Jeng..Jeng..Jeng)



(Harus la ade gambar aku dan dinding hospital tingkat 5)


Sekian. Terima Kasih.
Saya Yang Menurut Perintah.
(Eh, bukan. Ini blog aku yang punya, jadi..)
Saya Yang Memerintah
;D





.Cuma Mau Muat Naik Gambar.


Kejadian di mana-mana:-



(Dekat kawasan LRT )


(Bus-stand Kajang)


(aku&adek)

(Cinta Hati)



Selamat melihat/memerhati/mengkomen/mengata/mengkritik
dan mencuci mata ;D


16 November 2009

.Oh.Senin.


Today is Monday. Monday is Senin.

Aku rase kalut AMAT. aishh..kenapa la selalu sangat hari Isnin yang serabut. (Alamak...ttibe rase tak baik pulak mengeluh mcm ni. Tp..aku nak luahkan aja) ohh..Senin. Senin.

Oh ya, banyak sangat aku nak update kat blog ni. Banyak yg terjadi. Tp, tak berkesempatan. Seperti biasa menyalahkan masa sedangkan diri sendiri yang tak reti nak uruskan masa. Aishh...Anyway, akan dibuat entry yg lebih panjang dan menarik.

Kali ini, aku hanya nak luahkan. Oh..Senin Serabut dan Oh..Rindu sudah dengan Cik.Ros. Sadis tengok tempat die kosong. Kalo tak, setiap pagi, sampai ofis jek, tempat dia lah tempat pertama aku jengah. Kadang-kadang tak sempat bukak lampu bilik ke ape. Aku akan terus jumpe die. Oh..Ros, aku tul-tul terasa ketiadaan mu. (Sekarang, aku bukan bos die lagi, so boleh la ckp aku ko. Jgn panggil aku Cik.Yan lagi yea) hahaha..

ps: Mesti ko terharu dengan entry aku ni kan Ros. Hahaha....


(Moga ko dapat title PP tuh. AMIN)


(Masihkah ko ingat kejadian disebalik gambo-gambo ini? hehe)


13 November 2009

.Harijadi Si Gadis dan Masa Santai Dengan Gadis-Gadis.

12/11/09 = Harijadi Si Gadis bernama Syazana. (oh, bukan aku k. Aku Shazana, ni Syazana) Dak ofis aku yg semua org ckp muke dia ala-ala Ikin isteri Mawi tu. huhu. Anyway, sempena harijadi die, die pun blanje kami (Aku, Ros dan Ila) lunch kat RIC. Aku dgn Ila The Kecik makan kew tiau telur. Ros The Pindah Gal makan spageti dan Si Gadis Harijadi makan kew tiau goreng. Masa pegi tuh, aku, Ros and Ila plan nak beli kek. Tp, takde plak kedai kek kat situ, so kami beli la muffin. Kasi panas lagi u. Hehe..Anyway, sedap gak la mkn kat situ. Si Gadis Harijadi yg selalu susah amat nak abis makan, habis licin makan kew tiau die. Syabas kami ucapkan. Hehe.

Lokasi: RIC
Model:
Si Gadis Harijadi (Syazana), Aku, Ros The Pindah Gal dan Ila The Kecik



(Air In Love yang baru sampai)


(Ros dengan makanannya)


(The spageti)


(The fries yang enak amat)


(Air pilihan kami)


(Bukti Si Gadis Harijadi habis makan)

(Muffin dari kami untuk Si Gadis Harijadi)

(Si Gadis Harijadi posing with the muffins)

(Kami mengediks)

(Aku, Ros the Pindah Gal, Si Gadis Harijadi dan Ila the Kecik)


Kemudian, jam 4 lebih. Tetibe Si Gadis Harijadi datang bilik aku bgtau die dpt bunge dr yg tercintan. Wah..so romantika oOo itu tunang. Kasi suprise birthday present bunge ros special delivery lagi u. Kelas! hehe..pastuh ape lagi. Berposing la die dengan bunge tuh. Then, ttibe jek bilik aku meriah dengan semua gadis-gadis yg gedik nak jugak posing dengan bunge tuh. Gambor-gambor di bawah menjadi bukti.

ps: Ramai amik pic dengan Ros The Pindah Gal sbb hari ni, Jumaat 13/11/09 is her last day kat ofis ni. Die dapat naik pangkat and akan berkhidmat di KPM Putrajaya. sadis..sadis..

Lokasi: Bilik CikPuanYan
Model: Gadis-Gadis Gedik KPSM + Bunga dr Tunangan Si Gadis Harijadi



(Suke die dpt bunge ;D)

(Kiteorang pun nak posing dengan bunge)


(Happy Pic atau Over? haha)


(Konon nak buli Si Gadis Harijadi)


(Mereka ni bestfriend)


(Bos dengan anak buah)


(Bos dengan anak buah yang rock)


(Kami yang sememangnya suka berposing)

(2 and a half of us ;D)


Sekian. Kisah DuaBelas.November.DuaRibuSembilan di BKPSM. ;D