23 December 2009

.Gegaran.

Oh..td pagi aku terasa gegar semacam jek kerusi aku ni. Mula-mula ingatkan sbb aku pusingkan kerusi. Tp, tak. Sampai aku pening sikit. Staf-staf lain relax jek. Pas dah abis gegar tuh, aku tny P.A bos yg dok depan bilik aku.

Aku: Maam, rasa tak gegar?
Maam: A'aa la. Asal gegar.
Yg lain-lain: Mana ade gegar.
Bos dari bilik die: Eh, asal gegar ni?

Aku tak puas ati. Tanya org-org kat depan. Ada yg ckp rasa ada yg tak. Wah..ini gegaran pertama aku rasa. Cuak jugak la kalau kena lagi. Then, aku saja cari kalau ade berita psl gegaran td and ini yg aku jumpe:-

23 Disember, 2009 12:18 PM

Gempa Bumi Sederhana Dikesan Di Selatan Sumatera

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.8 Ritcher dikesan melanda kawasan sekitar selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 9.11 pagi Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan Rabu berkata pusat gempa bumi itu terletak di lokasi 67km dari tenggara Siberut, Indonesia dan 547km dari barat daya Melaka.

Gegaran dirasai di sesetengah kawasan di barat Semenanjung dan pihak jabatan sedang memantau perkembangan selanjutnya, menurut kenyataan itu.

source--http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=464047

BERNAMA


Aku pasti gegaran td ade kaitan dgn berita di atas. ishh, mcm nak inform je kat Bernama yg kat sini pun terasa gegar oOo.

No comments:

Post a Comment