20 January 2010

.Fikirkan Boleh.

Aku : D, orang takut la. Bila senior kat pejabat tu cerita pasal aktiviti kat kursus nanti, orang jadi takut. Kena tidur kat hutan sorang-sorang. Belajar survive sendiri. Ishh..orang dah lah bukan jenis out-door. Sepanjang hidup orang ni orang mengelak aktiviti macam tu. Sebab tu time sekolah tak pernah pergi berkhemah ke apa. Alaa..

Suami tercintan : Belum apa-apa dah fikir tak boleh. Hmm..


Baru aku nak lelap mata. Tiba-tiba, suami tercinta boleh pulak pasang lagu ni:

FIKIRKAN BOLEH

"Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh"

source: http://jalurgemilang.via.my/2009/04/lirik-lagu-lagu-patriotik-fikirkan.html (2010)

Aku : hahaha..tak boleh blah la. Alaa...tak nak dengar. Hahaha...
Suami tercinta : hahaha..(dengan muka tak peduliknya, 2 kali dia pasang lagu tu)

*Annoyed tapi sangat comel tindakbalas suami tercintan tu. Aishh..macam mana aku tak bertambah sayang ni. Hehe. Opss..tergedik pulak ;P

2 comments: