03 February 2010

.Hikmah pulang ke Kampung.

Sabtu. 30.01.2010

Mak: Yan, Ucu kena masuk wad. Dia pengsan.

Aku: Oh.

Mak: Dia dah tak ingat apa-apa.

Aku: Lar..nak pergi tengok la.

Ahad. 31.01.2010

Mak: Ucu dah boleh makan, cakap dan bangun sendiri. Dia dah ingat orang sikit-sikit. Ada masa lupa jugak. Tp, Ucu dah tak nampak sangat. Mata dia kabur-kabur.

Aku: hmm..

Abah: Doktor cakap ada satu titik kanser kat kepala Ucu. Kalau betul, boleh buat operation. Tp, kena buat MRI dulu. Kalau ada lebih dari satu, tak boleh buat apa-apa dah.

Aku: hmm..(terasa sedih bila tengok anak-anak Ucu)

Isnin. 01.02.2010

Abah: Doktor cakap, ade tujuh titik kanser kat kepala Ucu, satu tuh sebesar ibu jari. Jadi, tak boleh operate cuma boleh radioterapi. Doktor cakap, dengan keadaan macam tu, mungkin Ucu boleh bertahan sebulan dua sahaja..

Aku: Terdiam............

Kami semua pergi ke hospital, masing-masing tak tahan tengok Ucu. Tp, bak kata kat Alin kat blog dia:

Ajal dan maut hanya ALLAH yg tahu. Kita yg sihat belum tentu hidup panjang. Mak said..dah bahagian dia.. sayang mcmana pun, kalau ALLAH dah jemput, kena lepaskan. The only we can do now adalah doa dan buatlah sedekah atas nama dia.

Moga Tuhan sentiasa melindungi Ucu dan memberi kekuatan kepada suami, anak-anaknya dan keluarga kami untuk menerima takdir ini. AMIN.

No comments:

Post a Comment