17 December 2009

.Memerlukan.

Oh..sudah lama aku berdiam ya. Semua kerana aku teramat sibuk. Oh, 2009 adalah tahun yg sangat aishhh...susah nak ckp. 2008 tak seteruk ni sbb mase aku baru masuk keja ni dah hujung-hujung tahun. huhu. Tp, percayalah, bagi mereka yg selalu fikir org gomen kerja senang. Aku terpakse ckp bukan semua begitu. Sbb kerja aku tak pun. Aku pernah kena keja ujung minggu. Sabtu Ahad. Aku kena jugak balik malam dan aku jugak buat semua keja lebih masa ini dengan niat Saya Yang Menurut Perintah sbb tiada bayaran OT. (untuk makluman, takde istilah OT bg pegawai gomen ya)

Jadi, disebabkan semua tuh, sekarang aku perlu amat bercuti. Perlu dan akan bercuti. Sudah sampai masanya. Yg pasti, perancangan ke Kedah esok adalah road-trip pertama aku dan teman-teman bg tahun 2009. Tak sabar. Harap-harap semuanya selamat. Esok, aku+Ijan+Yam+Nisha akan ke Kedah. Kenduri kawin Cik. Marini Sabtu nanti. Jadi, kami plan pegi esok dengan niat, sampai sana boleh jalan-jalan dulu. Jumpa Diana di Seberang Jaya dan mungkin akan ke Penang atau mana-mana yg Diana boleh bwk kami. Oh, membayangkan sahaja sudah seronok ;D

Kemudian, minggu depan 24/12/09-29/12/09 pulak road-trip ke-2. Ke Kelantan pula. Aku+suami tercinta+E.P+adek-adek ipar. Siap pinjam van abah lagi. Wah...yang ini paling tidak sabar sebab setelah sekian lama teringin ke Kelantan, akhirnya, suami tercinta menyampaikan hajat ku. Oooh, lepas ni, bile orang cerita Kota Baru, Pasir Mas or apa-apa kaitan dengan Kelantan. Aku pun boleh ckp, "ya, aku pun pernah ke sana". hahaha..

Tp, semua ini perancangan kami, hanya dengan izinNya, perancangan kami ini menjadi. Ku berdoa banyak-banyak apa kami rancangankan menjadi sebab aku betul-betul perlukan percutian ini. Aku nak cuti time orang lain tengah keja. Bukan lagi, orang cuti tp aku yang keja. Hahaha. Best-best! Oh, yg pasti, gambar-gambar road-trip akan diupload untuk dikongsi. Nantikan ya ;D




membayangkan cuti-cuti ni membuatkan aku tersenyum sendiri
gegege ;
D

No comments:

Post a Comment