31 December 2009

.Sunyi. Kemaruk. Harus.

Sunyi ofis ni hari ni. Ramai yg bercuti. Bos-bos besar plg ramai takda. Tinggal bos-bos kecik mcm kami dengan staff-staff lain. Semenjak aku kahwin, aku dah biasa dengan situasi mcm ni. Jarang aku cuti bile org lain cuti. Mcm raya hari tu. Last day sebelum cuti raya aku masih bergiat-aktif kat ofis. Tinggal 5, 6 orang je. Sebabnya, aku raya pertama kat umah mak mertua. Mak mertua kat Bangi jea. So, tak perlu la cuti. Best jugak keja time mcm ni. Telefon takde la aktif berbunyi. Nak buat kerja tanpa gangguan pun senang. Hehe. Jalan ke kerja pun smooth jek. Takde tekan break, tekan break. Tp, balik nanti tak tau la. Kot-kot masih ramai kat luar tuh yg balik k.g lepas kerja. Yg pasti, Isnin depan sure ofis lengang lagi sebab ramai staff yg hantar anak-anak gi sekolah dan jalan sure lagi teruk jem.

Oh yea. Aku dah selamat pulang dr bercuti sakan. Oh sungguh seronok. Mmg tak puas. Next year aku nak pastikan cuti aku lagi panjang. Hehe. Target setiap tahun kena simpan cuti bnyk-bnyk supaya hujung tahun dpt berjalan sakan macam org sakai. Nanti la aku citer pasal cuti-cuti Malaysia aku hari tu. Sekarang lum ade feel.

Selain target untuk simpan cuti, aku ade target lain gak. Aku nak kempiskan lemak-lemak berlebihan di perut ini. Itu, aku harus amat. Sudah tidak cun la dan aku kena berhenti dengar lagu-lagu dr pendrive jea. Aku kena kembali ke dunia radio semula. Tp, aku masih ketagih la dengan lagu-lagu tuh. Uh, bagaimana. huhu

Ok la, sekian untuk persinggahan sebentar di sini. Banyak lagi kerja nak kena buat ni. Banyak lagi fail nak kena kemas-kini, 5hb nanti audit mau dtg. Audit pertama aku. Aku yakin apa aku buat betul, tp..mungkin ada jugak kesilapan yg aku tak nampak tp mereka para audit nampak. Oh..menggerunkan.....

Daa ;P

No comments:

Post a Comment