25 March 2010

.Aku Marah.

Huh! Pagi-pagi aku dah buat dosa memaki orang. Tapi aku memang marah sangat. Aku marah korang wahai 6 orang polis yang bawak motor ada lampu-lampu tu. Yang selalu jadi escort orang-orang besar. Tak tahu lah nak panggil polis trafik ke atau polis escort. Yang penting aku rasa hari ini korang melampau sampai buat hati aku marah sampai nak menangis sedih ada manusia macam ni.

Al-kisahnya, masa kat fly-over dekat area Stesen Titiwangsa (aku tak mahir nama jalan kat K.L ni, aku tau bagi jalan based on tempat yang ada keliling jalan tu) tiba-tiba ada motor-motor polis yang pasang siren suruh kereta ke tepi dan bagi laluan kat mereka. Ok, fine, kami yang bawak kereta ni boleh la ke tepi sikit. Dah kata pun kat fly-over jalan tak lah besar mana. Tapi, bus sebelah aku ni (aku lane kiri, bus lane kanan) tak boleh la nak ke mana sebab size dia pun dah penuh satu lane jalan tuh kan. So, bus tuh berhenti je lah bagi laluan. Tapi, ketua polis escort yang depan sekali tu boleh pergi depan bus tuh dan berdiri atas motor ala-ala mat rempit dan sound bus tuh suruh ke kiri. Gaya tangan dan muka aku tau kau bengang dengan bus tu. Aku yang nampak kejadian tu depan mata dah pelik. Apa hal kau nak marah. Bus tuh dah berhenti apa. Lepas tuh, lalu pulak 5 orang geng kau. Yang buat aku lagi geram, korang bukannya tengah escort orang besar ke apa tapi korang dengan motor korang aje!

Lepas tuh, depan jalan nak masuk ke Tasik Titiwangsa, korang boleh pulak blok jalan supaya geng-geng motor korang tuh boleh jalan dulu. Aissssshhh..lagi buat aku maki oooi.

Wei, dah lah korang naik motor je. Pastu apahal korang nak halang jalan. Korang tak pandai ke nak menyelit. Apahal sampai nak susahkan orang lain dan marah-marah orang lain sedangkan orang lain dah cukup baik bagi ko jalan. Lain la ko tengah escort orang besar negara ni. Aishhh...geram aku. Geram dengan mentality korang yang tak relevant!

Keadaan boleh diterima kalau korang tengah escort menteri ke atau siapa-siapa yang patut lah. (Dah adat negara kita) Tp, paling patut korang blok jalan bila tengah escort ambulan bawak orang sakit. Tapi, ini tidak. Korang berenam dengan MOTOR SAHAJA. So, aishh..

Aku lagi tabik mat rempit yang menyelit tapi tak menyusahkan orang lain dari korang yang dah lah susahkan orang lain, blok trafik kasi sesak dan nak marah-marah pulak orang yang dah cukup baik hormat ko punye siren tu.

Ishh...emosi wanita yang sedang ada isi dalam perut ini sangat sedih melihat karenah korang. Sedih tahu tak. Sedih sangat....

No comments:

Post a Comment