05 March 2010

.Sudah Lama Berdiam.

Oh, sudah lama aku berdiam dari memblog ini. Semenjak perubahan hormon, aku jadi semakin malas nak bercerita apa-apa. Aku lagi senang mendiamkan diri. Bagus jugak tuh. hmm..

Hari ini terasa nak memblog sebab nak mintak tolong kawan-kawan yang baca blog ni lagi-lagi yang kenal bakal pengantin Cik.Azah supaya rahsiakan tentang aku tak jadi pergi kursus. Aku nak buat kejutan untuk dia. Hari itu balik JB, jumpa dia dan tolong sikit apa yang boleh dan bersalam-salaman mintak maaf sebab tak dapat datang kenduri. Sedih oh masa tu.

Lagi sedih bila Cik.Azah tak habis-habis bagi sms "Aku doakan ko tak payah pergi kursus".."Aku doakan ko muntah-muntah teruk sampai kau tak boleh pergi kursus dan boleh datang kenduri aku"..haha..agak kejam tapi niat yang murni. Hehe. Sekarang doa dia sudah dimakbulkan cuma aku berahsia tentang itu. Aku memang nak buat kejutan. Malah, aku mintak mak aku supaya jangan cerita kat mak dia pasal aku akan datang kenduri. (Mak aku dan mak Azah memang suka cerita pasal kami. Kadang-kadang dieorang lagi tahu banyak..haha)

So, kawan-kawan sekalian, TOLONG yea. Jangan bagitau Azah. Aku tak pasti samaada Azah ada baca blog aku ni tapi takpalah. Yang penting aku usaha supaya kedatangan aku akan jadi kejutan.

Teringat masa Bedot kahwin. Aku tak dapat datang gara-gara Final Project. Kiteorang bertiga menangis dalam telefon sampai mak andam Bedot suruh letak telefon dan berhenti menangis sebab hilang make-up dia. Haha..

Kali ini, aku nak menangis bukan sebab sedih tapi sebab gembira dapat jugak datang kenduri BEST FRIEND aku ini. yeahhh...AMIN.

ok..itu sahaja untuk kali ini. Aku tak tahu bila lagi aku akan rajin menulis. Sesungguhnya keadaan sekarang sangat tidak bersemangat. Malah FB pun aku dah tak aktif. E-mail je yang aku rajin tengok hari-hari............

*Suka dengar Rais Yatim berkata-kata, bahasa baku dia sangat sedap dan ayat-ayat dia sungguh wahh...memang sesuai menjadi Menteri Komunikasi...lagi-lagi bagi menggalakkan orang ramai membaca ;D*

No comments:

Post a Comment