11 February 2010

.Keputusannya adalah.

Aku tidak dibenarkan untuk menghadiri kursus. Sekian.

Bila bercakap dengan Encik yang menguruskan kursus itu, aku rasa sangat sejuk hati. Kenapa? Sebab bila aku memberitahu dia tentang keadaan aku ini, dia terus cakap Alhamdulilah dan dengan tiba-tiba aku terasa iya, Alhamdulilah. Ini memang satu rezeki yang sangat tak tak ternilai. Encik tu pun beritahu aku supaya tak perlu hadir. Datang tahun depan sahaja. InsyaAllah kalau ada dan sebelum letak telefon, Encik itu bertanya pada aku, sudah berapa lama. Bila aku jawab, sekali lagi Alhamdulilah keluar dari mulut dia. Alhamdulilah dia sungguh memberi kesan pada aku. Selama ni ramai yang cakap tahniah..tp Alhamdulilah ini lain dari lain lah..Haihh..sayu pulak rasanya.

Oh ya..kepada rakan-rakan yang akan menempuhi kursus itu, Selamat Berjuang dan Moga semuanya berjalan dengan lancar dan cemerlang. Aku sedih jugak sebab tak dapat nak susah senang dengan rakan-rakan batch yang sama. Tapi, redha..rezeki yang lagi indah ini dapat dulu dari rezeki kerja.

*Bila aku pergi tahun depan aku dah tak ada bodyguard bernama Kemal. Dia pasti dah selesai kursus dengan cemerlang ;P

No comments:

Post a Comment